Asal-usul dan sejarah The_Malaysia_Book_of_Records

Permulaan

Idea tentang penubuhan badan ini telah diilhamkan pada tahun 1990 apabila Danny Ooi menemui persoalan tentang pencapaian luar biasa yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Beliau masih teringat peristiwa melihat seorang lelaki yang berbasikal selama beberapa hari di Stadium Merdeka kerana mahu mencipta rekod dunia. Selain itu, ada juga individu yang menggembara dengan berjalan kaki dari negeri ke negeri. Individu yang menggembara ini berharap bahawa cubaanya boleh dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records.[4]

Menyedari bahawa pencapaian salah seorang ini tidak dapat direkodkan, En. Ooi merasakan pengiktirafan patut diberi oleh kerana usaha yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.[5]

Menuju kecemerlangan

Pencapaian yang dilakukan telah disusun untuk diterbitkan oleh MBR serta merangkumi produksi siri TV mingguan yang bertajuk "The Malaysia Book of Records" yang bersiaran pada 6 Oktober 1996 di RTM TV2.[6] MBR juga akan bertindak sebagai medium untuk mengakui rakyat Malaysia yang telah mempromosikan negara dengan mencipta rekod.

Buku rekod pertamanya bertajuk "The Malaysia Book of Records' First Edition" yang dilancarkan pada 9 Disember 1998. Buku ini juga membentangkan rekod yang dicapai oleh rakyat Malaysia di dalam satu buku buat kali yang pertama.[7]